Pusat Internet Desa Tasek Gelugor
D/A : Pejabat Pos Tasek Gelugor,
13300 Tasek Gelugor,
 Seb Perai Utara, Pulau Pinang.
Tel : 04-5736476

Email : pid_tg@yahoo.com

Hari JPJ Bersama Rakyat
. Telah diadakan pada 30 Mei 2006 bertempat di Sek Keb Pengkalan Jaya, Tasek Gelugor.Seramai lebih 600 orang berusia 45 tahun telah mendaftar untuk mengambil lesen dalam acara tersebut. Perasmian telah dilakukan oleh YB Shahabudin Yahya merangkap ADUN Permatang Berangan. Turut diadakan adalah pameran dari pihak JPJ, Keselamatan dan Pusat Urus Zakat.

Hari Nelayan & Peladang Peringkat Negeri Pulau Pinang
. Telah diadakan pada 7 Julai 2006 hingga 9 Julai 2006 bertempat di Tapak Ekspo Seberang Jaya.Ekspo bermula dari jam 10 pagi hingga 11 malam. Perbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan memancing, pameran arkus dan seladang serta banyak lagi. Perasmian telah dilakukan oleh Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Haji Abdul Rahman Bin Haji Abas.

Karnival K-ICT Balik Pulau 2006
. Akan diadakan pada 12-13 Ogos 2006 bermula 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Bertempat di Dewan Balaro Mastika, Balik Pulau. Karnival ini akan dirasmikan oleh YB Dato' Hjh Jahara bt Hamid, Pengerusi Belia & Sukan, Wanita & Komuniti dan majlis penutupannya akan disempurnakan oleh YB Dato' Seri Haji Hilmi bin Hj. Yahaya, Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan Malaysia. Terdapat gerai pameran / jualan yang disertai oleh wakil-wakil Pusat e-komuniti, Syarikat Telekomunikasi, Syarikat Koporat dan sebagainya. Dijangka seramai 1,500 orang pengunjung akan mengunjungi karnival selama 2 hari ini.